Sunday 30 December 2012

Assalamualaikum ya sodiki wa sodikoti

Warghhh it's been a long time since my last update. Unfortunately I didn't have much time to update on. Well, peace be upon you guys. Today I've got a wonderful story that I wanna tell you guys which is from a story that i've read from my friend's book titled "Kejadian Aneh dan Iktibar dari Mekah" . Ah aku copy paste je lah.
Please rajinkan diri utk baca ni:
"Keindahan berada di Mekah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaik sahaja memijak bumi Mekah, perasaan gembira bercampur hiba akan bermain dalam jiwa sesiapa sahaja. Tetapi para pembaca sekalian, lebih gembira sekiranya kita dapat rasakan amal ibadah kita di sana mendapat keberkatan Allah. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku, seperti yang pernah diceritakan oleh seorang kawan saya. Apa yang diceritakannya membuatkan saya lebih yakin dan bertawaduk untuk beribadah kepada Allah.Kata kawan saya itu, suatu petang semasa di Mekah, dia berehat sambil mendengar radio. Setiap kali musim haji, setiap petang radio Saudi akan mengadakan ruangan soal jawab haji. Pendengar radio yang mempunyai masalah haji akan menelefon dan soalannya akan dijawab oleh seorang ulama besar negara tersebut.Sedang kawan saya mendengar radio, tiba-tiba dari terdengar satu panggilan telefon dari seorang wanita. Wanita itu tidak bertanyakan soalan, sebaliknya mahu bercerita mengenai mimpinya."Silakan! Kalau saya boleh jawab, saya akan jawab," kata ulama terkenal itu.Wanita itu terus bercerita. Menurut wanita itu, di dalam mimpinya dia melihat ada seorang lelaki sedang tawaf dalam keadaan telanjang. Tiada seurat benang pun yang menutupi tubuhnya, sedangkan disekelilingnya para jemaah sedang bertawaf dalam berpakaian berihram.Wanita tersebut berasa pelik, kenapa lelaki itu dalam keadaan sedemikian semasa melakukan tawaf wida'.Ulama itu terdiam seketika. Dia kemudian menjawab dengan memetik sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:"Mana-mana manusia yang pergi menunaikan haji, tidak memaki hamun orang lain, tidak berbuat fasik, tidak bercakap perkara nafsu, maka dia akan pulang ke tempat asalnya seperti bayi yang baru lahir (mendapat haji yang mabrur dan terampun segala dosa, bersih seperti bayi baru dilahirkan)."Selepas membacakan hadis tersebut, ulama tersebut berkata, "Berdasarkan hadis itu, pada pandangan saya terhadap mimpi puan ialah, orang yang dilihat telanjang itu mendapat haji yang mabrur. Dirinya kembali bersih seperti seorang bayi yang baru dilahirkan. Sekiranya puan mengenali lelaki itu, sampaikanlah berita gembira ini kepadanya"Mendengar saja jawapan ulama tersebut, wanita itu dengan suara penuh emosi dan sebak berkata,"Demi Allah, ya sheikh...orang yang saya lihat telanjang di dalam mimpi saya ialah tuan syeikh sendiri!"Apabila mendengar kata-kata itu, ulama itu terus sebak dan menangis. Rancangan soal jawab itu terus ditamatkan dan bersambung pada keesokan harinya. Sewaktu mendengar jawapan wanita itu, airmata kawan saya juga turut mengalir."
Subhanallah Ya Allah. Ini baru satu. There's a lot more stories to tell. Korang belilah, korang beli if nak tau lg peristiwa2 kat sana. InsyaAllah dpt beri sedikit iktibar dan pengajaran kpd semua. Kepada bakal-bakal jemaah haji tahun depan. Siap sedia dr awal ya. Mudah2an dpt haji yg mabrur. InsyaAllah. Ameen Allahumma Ameen. Barakallahu feekum wa jazakallahu khairan kathira.

No comments:

Post a Comment