Friday 11 September 2015

Nak gak hashtag 4FriendsinTerengganuJe

  Assalamualaikum. Rasa mcm trpanggil nak update psl permulaan penggembaraan aku dgn 3 teletubbies ni. Kalo cerita psl first impression kat UMT (hint ciked :serious best) dan fsl course tu, lambat sikit la update nye yer.. Lgpun nak cerita psl course, tak byk sgt tahu.. Baru 1 minggu mula kelas.

  Teletubbies ni senanye baru je kenal dgn depa2 ni.. Tp mcm dah kenal lama je gayanya. Karenah dorang mmg aku takleh nak paham dan move on sampai skrg.. Btw kami rapat sbb sama2 dok area KL/Selangor.

  Al-kisah toyyibnya adalah mmg kitorg plan last min punya sbb aku dah lama tau, last min plan selalu menjadi dgn izin Allah subhanallah Ta'ala. So kami pung sewa kereta VIVA(RM7 for 1h). Semasuk2 je kami dlm kereta, adalah satu lampu tu yg mmg selalu robek kan hati setiap org yg menaiki kenderaan, kelip2 dgn gembiranya. Tp ada satu masalah lg, taktau tempat buka minyak kat mana. Agak cemas masa ni beb then bertambah cemas apabila si Qila carik seluruh tempat kat tepi sit sampai tercabutlah menda bawah sit tu. Ish2. Ha tulah aku, masa amik lesen dulu tak study betul2. Jpj tu pulak baik hati tak soal. Then tetiba ada kereta VIVA masuk blkg. Lucky us. Pastu Qila dgn perangai selambanya pegi kat kereta belakang tanya tempat buka minyak kat mana. Akak tu bukan main baik hatinya siap dtg kat kereta kami. So kami pun isi la rm15 hinggit (3 bars) mentujui ke Myding.

  Apa yg seronoknya di Myding? Keseronokan takkan timbul kalau kamu sendiri tak menghidupkannya. Mcm bersyukur lah, mostly org miskin rasa cukup je duit tp org berada rasa mcm tak cukup jer, tp hakihatnya, peh hakihat kau. Hakikatnya, yg mencukupkannya dan menghidupkannya adalah rasa kesyukuran tu. Okay anak2, ustazah tamatkan kelas kat sini je.
So, Masing2 cari barang masing2.. Then trjumpa si 2 org teletubbies ni, si Qila dgn Seha, tetiba dgr dorg borak "Weh sayur kat rumah ada lg tak" . Ana dgn aku mmg serius krik2? Apa sbnrnya yg berlaku ni..? Rumah? Sejak bila kami ada rumah? Tiba2....shooo~ nampak kelibat sekumpulan syabab melintas. Pastu Qila bisik, "kalau ada llaki, acah2 sembang barang2 dapur like ikan bilis dah cabut belum kepala? Beras dah basuh belum " . Acah2 jd calon isteri mithali adoyai takleh go on dgn kepala bingai(lawak dia level 999) Qila ni. Tp kami bergurau je. Jaga pandangan. Kitorg just gurau blkg2 je. Saja seronok2. Haa Ustazah cakap apa td,,,Keseronokkan takkan timbul kalau?? *Ustazah left the group.

  Lpstu sume perut dah mendondangkan lagu Realiti Insan(saja mention lagu fav) , kami pun nak carik kedai makan, dah tu nak kedai yg hipster2 je. Dah tanya org sana sini sume taktau.. Tetiba Seha terthrowback tempat mkn dia dgn family time first day dtg sini, nangis jap tepi pintu, Dekat Arfa Batik. Dgn semua budak KL/Selangornya, dgn aku si driver yg first time drive kat negeri org(jauh lak tu), dgn ketiadaan waze , GPS, maps dan sebagainya, maka kepada Allah tempat kami berserah. Akhirnya sampai jgk tempat mkn tu beb. Alhamdulillah dipermudahkan(view lawa+makanan sedap). Nak tips sampai kat tempat yg di tuju? Ok. Kita guna cara manual , tanya org2 tepi jalan di samping boleh merapatkan ukhuwwah sesama manusia, kot2 dpt llaki 2 tanda kat dahi ke? Tp syg, sume pakcik2 je dik non oi.. Tapi2 ,ada laaa ...budak llaki tu si Qila ni nak tegur time lampu merah.. Dah siap2 bukak tingkap..Dah siap2 panggil "Dik2",dorang dah siap pandang nak dtg dah. Tiba2, Aku si driver ni tgk lampu dah hijau, dgn rasa serbasalah terpaksa menggerakkan kenderaan. Makin jauh,makin jauh.... Qila pun mcm.. Okay, lalu burung2 pun berkicauan, ombak pun membadai pantai~ Habis terhuyung-hayang kereta dgn gelak tawa kami. Budak tu pun sama.

  Kedai mkn tu dekat plak dgn Masjid Terapung apung jd kami pun pakat mai singgah nak selfie melfie, tp apa point kalau just nak snap gambo je kan, kita solat sekali itu yg terbaik.

Malam pun dah hari, terpaksa hantar kereta balik. Tp yg tak puas hatinya, jalan jauh mauh, sesat barat, minyak maintain 3 bars. Pikir punya pikir punya pikir camne cara nak abis kan minyak, tetiba ter lalu dpn UNISZA.. Otak aku pun mcm bagi idea bernas, *tolak signal ke atas, kereta menuju ke kiri dan memasuki pintu gerbang UNISZA... Jalan punya jln tetiba ada guard lah pulak jaga, tutup pagar sume, sume gelabah sokmo, nak taknak terpaksa lalu, slow je.. Tetiba2 guard tu angkat tgn, kasi jalan. Kami pun pecah ketawa satttu kali lageyy.. Adui hai hidup ini penuh dgn tiba tiba. So sempat lah round jiran U kami.. Keluar je UNISZA minyak turun satu bar. Ok lah tu kan... . Jd kami pun selamat dgn sampainya di UMT.

  Sampai takat ni je la yea cerita. Saja nak hibur2 di mlm hari.. Nak cerita 4 sekawan yg senanye sedih bila dpt sambung bljr jauh. Tp mahu mencari keseronokkan di bumi Terengganu. Sesungguhnya ada hikmah disebalik nya. Apa2 pun, Pengalaman mendewasakan kita. Selamat menuju alam dewasa! Wassalam.



Assalamualaikum anak2 dr Masjid 
Terapung


Rumah tu over k, nak photoshoot tp lmbt, terlajak ciked.



Enjoy!

No comments:

Post a Comment